Kisah romansa penuh dilema tentang cinta, iman dan luka. Filem berdurasi 128 minit ini mengangkat isu cina buta selepas talak tiga, apabila Alfa terpaksa menikahi lelaki lain, Zainun, demi peluang rujuk dengan bekas suaminya, Darian. Namun, kehadiran Zainun yang sempurna justeru membuka babak baharu yang tidak dijangka. Cemburu Darian menambah kusut, sementara Intan membawa warna lain dalam perjalanan cinta ini. Menggabungkan drama, komedi, dan romansa dengan sentuhan dewasa, filem terbitan Soex Entertainment dan edaran Horizon Film Entertainment ini menyentuh isu keimanan, norma sosial, serta pilihan emosi yang sering menjerat manusia...
Read More