Hanya Namamu Dalam Doaku: Ketika Cinta Di Uji Sakit, Tekad Berjuang Bersama Meski Sulit

Bukan kisah cinta biasa, melainkan perjalanan batin yang diuji sakit ALS. Filem ini tidak menawarkan konflik yang meledak-ledak, sebaliknya merangkul kesunyian yang lirih dan perlahan meresap ke jiwa. Melalui visual lembut serta pencahayaan hangat, penonton dibawa menyelami ruang paling rapuh dalam hubungan manusia. Vino G. Bastian dan Nirina Zubir tampil dengan kejujuran emosi yang menyentuhh, disokong kehadiran Naysila Mirdad, Ge Pamungkas dan Dinda Kanya Dewi yang menghidupkan suasana keluarga. Lebih daripada sekadar kisah tentang penyakit, naskhah ini adalah renungan tentang cinta, ketabahan, dan penerimaan. Siapkan hati, kerana setiap detik akan mengingatkan bahawa cinta sejati tidak pernah tunduk pada sakit...

Read More  

Perayaan Mati Rasa: Sarat Emosi Di Lautan Kehilangan Paling Terdalam

Berjuang mencapai impiannya bersama rakan-rakan, menyebabkan Ian Antono semakin jauh daripada keluarganya. Namun, apabila satu peristiwa besar secara tiba-tiba menyebabkan dia kehilangan kedua-dua ibu bapanya, Ian cuba bertahan kuat dan menguburkan semua perasaannya sehingga dia menjadi mati rasa. Sebagai anak sulung, Ian terpaksa mengambil alih tanggungjawab keluarga sementara ayahnya, Kapten Satya, bertugas di laut. Kehidupannya menjadi lebih rumit apabila ibunya, Dini, menghidap sakit jantung. Ketegangan antara Ian dan adiknya, Uta, meningkat selepas Uta menerima pengiktirafan sebagai Podcaster Terbaik. Persahabatan dengan band Midnight Serenade menjadi pelarian Ian daripada tekanan hidup...

Read More  

Filem 'Bolehkah Sekali Saja Ku Menangis' Selami Isu Trauma dan Fasa Sembuh Diri

Mengajak penonton untuk menyelami perjalanan emosional Tari, memahami betapa kompleksnya impak kekerasan dalam rumahtangga dan keluarga serta pentingnya sokongan emosional. Dengan visual yang kuat dan cerita yang mendalam, filem ini berusaha menyampaikan pesan tentang pentingnya kesihatan mental, keberanian untuk berhadapan dengan trauma masa lalu dan fasa sembuh diri...

Read More