Kulit Wayang: Antara Bayang Bayang Gelap, Luka Lama Dan Trauma, Mainan Mistik 'Seni Berat' Signatur Dain Said

Kisah mendalam tentang kehilangan, warisan dan penebusan. Berlatar di sebuah kampung terpencil era 80-an, seorang tok dalang tua dihantui bayangan anaknya yang hilang. Kedatangan penyelidik dari Indonesia bersama anak kecilnya membongkar rahsia gelap yang lama terkubur. Fattah Amin tampil mengkagumkan dalam watak paling beratnya setakat ini, diiringi sinematografi menawan dan skor muzik yang menyentuh emosi. Sentuhan sutradara Dain Said sangat terasa puitis, simbolik dan perlahan-lahan meresap ke dalam hati. Filem ini menolak klise dan memilih jalan penuh makna. Jika anda rindukan naskhah Melayu yang berjiwa dan berlapis rasa, "Kulit Wayang" menanti anda di layar lebar...

Read More