One Battle After Another: Meditasi Tentang Harga idealisme, Konflik Generasi Dan Debat Kemanusiaan Ideologi Politik

Sekumpulan bekas revolusioner yang terpisah selama 16 tahun, namun dipertemukan kembali oleh misi getir: menyelamatkan anak perempuan salah seorang daripada mereka. Berakar daripada novel Vineland karya Thomas Pynchon, filem ke-10 arahan Paul Thomas Anderson ini menyingkap dilema besar tentang harga idealisme, pertembungan generasi, dan pertarungan sengit antara kemanusiaan dengan ideologi. Dengan lakonan intens Sean Penn sebagai Colonel Lockjaw, Leonardo DiCaprio yang menyayat hati sebagai seorang ayah, serta Benicio Del Toro sebagai penyeimbang yang tenang, kisah ini merangkul pelbagai dimensi emosi. Visual dalam format IMAX, muzik hipnotis Johnny Greenwood, serta penampilan memukau Teyana Taylor menjadikan filem hampir tiga jam ini bukan sahaja menghibur, tetapi juga renungan mendalam zaman kita...

Read More