'Pamali: Tumbal' Larangan Sentuh Apa Yang Bukan Hakmilik Atau Di Timpa Petaka

Mengisahkan Putri yang mencari ibunya yang hilang selepas terjebak dengan 'uang tumbal'. Bersama dua rakannya, Cecep dan Kiki, dia menelusuri desa penuh misteri, di mana toyol dan kuntilanak hitam menjadi simbol pemujaan sihir yang menelan jiwa manusia. Dengan sentuhan humor dan drama keluarga, sutradara Bobby Prasetyo menyeimbangkan seram dan kemanusiaan. Adaptasi dari game 'Pamali: The Little Devil' ini adalah filem ketiga dalam semesta Pamali, mmenyajikan kisah yang sarat mitos dan pantang larang, dihidupkan melalui sinematografi dingin, suara bergetar, dan karektor yang berakar pada realiti sosial. Dalam durasi 95 minit, kisahnya membuat penonton merenung: adakah kita masih setia pada warisan larangan, atau telah terjerat oleh keinginan yang kita cipta sendiri?

Read More  

Pengantin Iblis: Sanggupkah Berkorban Demi Anak Sehingga Jual Diri Ke Iblis?

Mengisahkan tentang Ranti, seorang wanita yang dirasuki iblis selepas perkahwinannya. Filem ini memaparkan transformasi mengerikan Ranti dari seorang isteri yang lembut menjadi pembunuh kejam. Watak Ranti yang dimainkan oleh Taskya Namya menjadi tumpuan utama dengan lakonan yang mengkagumkan, terutamanya dalam babak-babak kerasukan. Filem ini turut menampilkan adegan gore yang mengejutkan semasa pembunuhan keluarga, khususnya nasib tragik watak Bayu. Meski ada beberapa kelemahan, 'Pengantin Iblis' berjaya menimbulkan rasa seram dan mengejutkan penonton, menjadikannya filem seram yang berkesan dalam mencipta ketakutan yang kekal dalam ingatan...

Read More