'Duyung Legenda Aurora' Pulang Dengan Beban Harapan Antara Rindu Dan Realiti Sekuel

Menghidupkan semula dunia fantasi ikonik Malaysia selepas 17 tahun, 'Duyung Legenda Aurora' meneruskan kisah Puteri Duyung yang meminta bantuan Jimmy dan Aspalela untuk menyelamatkan Aurora yang diculik sindiket pukat tunda haram dan dilelong kepada saintis Dr. Evo. Misi ini disertai Hamlau, Dashmond dan Ajaq dengan 6 enam jam di darat sebagai taruhan. Walaupun menampilkan barisan pelakon asal, humor ringan dan OST yang mengena, filem ini berdepan kritikan terhadap visual, kostum, CGI serta penggunaan AI. Namun sebagai hiburan keluarga santai sempena cuti sekolah, ia masih menawarkan tawa, nostalgia dan pengalaman menonton tanpa tekanan...

Read More  

Wasiat Cinta Seorang Ayah Tersilap Tafsir Dalam '3 Hajat' Terakhir

Kisah yang meruntun hati tentang seorang anak yang kembali ke pangkuan ayahnya setelah sekian lama menjauh. Sang ayah, bekas banduan dengan sejarah kelam, kini mengidap sakit kronik. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau mewasiatkan 3 hajat yang belum tertunai. Si anak, seorang pelukis yang pernah gemilang tetapi kini hidup bergelut, terpaksa berdepan dilema dan penyesalan, lalu mencari kekuatan untuk menunaikan wasiat terakhir itu. Filem arahan Zul Huzaimy, dengan lakonan mantap Eman Manan, Amerul Affendi, Zul Huzaimy dan Dato’ Norman Abdul Halim, sarat dengan nilai kekeluargaan, sinematografi indah berlatar Terengganu, serta muzik yang menghentak emosi. Sebuah drama yang mengingatkan kita: kehilangan orang tua tidak pernah terganti, dan peluang untuk berdamai datang hanya sekali...

Read More