Adaptasi Novel Buku Fixi 'Gantung: Musketeer Code' Dari Drama Bersiri Ke Filem Kupas Misteri Bunuh Diri

Pernah mencetus fenomena menerusi siri TV pada 2018, 'Gantung: Musketeer Code' merupakan adaptasi layar lebar dari novel Gantung karya Nadia Khan, mengisahkan 4 sahabat, Gibbs, Ray, KJ dan Troll, yang dihantui tragedi kematian seorang pelajar perempuan di sekolah elit mereka. Didorong oleh desakan peminat setia, Nadia bertindak sebagai penulis skrip, penerbit dan pengarah, menjadikan filem ini naskhah jujur dan emosional. Setelah tertangguh akibat pandemik, penggambaran akhirnya berjaya disempurnakan pada akhir 2023. Dibintangi Ben Amir, Shazia Rozaini dan Brandon Salim, filem ini berdiri sendiri walaupun berakar dari siri terdahulu. Lebih dari sekadar misteri remaja, ia adalah kisah persahabatan, pengkhianatan dan luka yang belum sembuh. Tayangan bermula 5 Jun 2025 di pawagam seluruh negara...

Read More  

Dari Gamer Menjadi Legenda, 'Soloz: Game Of Life' Evolusi Era Digital

Perjalanan epik seorang ikon e-sukan legenda, Soloz, dari Gamer biasa bertransformasi hingga menjadi juara di arena Mobile Legends yang disegani. Mengangkat tema perjuangan, determinasi dan inovasi dalam dunia gaming yang sentiasa berkembang. Penuh aksi arena virtual merangkumi evolusi pro-gaming. Visual pertempuran digarap teliti, menghasilkan animasi realistik dan mengghairahkan. Skrip matang berjaya mengangkat kompleksiti watak-watak, manakala dialog tajam menambah dimensi dalam penceritaan. Gabungan drama kehidupan dengan aksi permainan menghasilkan naratif penuh emosi. Naskhah ini khas untuk generasi yang berani mencabar norma dan membentuk legasi mereka sendiri dalam dunia e-sukan yang kompetitif...

Read More