Adaptasi Novel Buku Fixi 'Gantung: Musketeer Code' Dari Drama Bersiri Ke Filem Kupas Misteri Bunuh Diri

Pernah mencetus fenomena menerusi siri TV pada 2018, 'Gantung: Musketeer Code' merupakan adaptasi layar lebar dari novel Gantung karya Nadia Khan, mengisahkan 4 sahabat, Gibbs, Ray, KJ dan Troll, yang dihantui tragedi kematian seorang pelajar perempuan di sekolah elit mereka. Didorong oleh desakan peminat setia, Nadia bertindak sebagai penulis skrip, penerbit dan pengarah, menjadikan filem ini naskhah jujur dan emosional. Setelah tertangguh akibat pandemik, penggambaran akhirnya berjaya disempurnakan pada akhir 2023. Dibintangi Ben Amir, Shazia Rozaini dan Brandon Salim, filem ini berdiri sendiri walaupun berakar dari siri terdahulu. Lebih dari sekadar misteri remaja, ia adalah kisah persahabatan, pengkhianatan dan luka yang belum sembuh. Tayangan bermula 5 Jun 2025 di pawagam seluruh negara...

Read More