Rider (2025): Ketika Tawa dan Takut Menari Bersama di Tengah Riuhnya Bangkok

Bukan filem yang ingin memenangi festival atau mencabar minda penonton dengan twist yang mengelirukan. Ia tidak revolusioner. Tapi ia tahu dirinya. Ia sebuah filem yang tahu bila harus membuat anda menjerit, bila harus membuat anda tertawa, dan bila harus menyentuh hati anda secara diam-diam. Sesuai untuk malam santai, sesuai untuk cuti panjang, sesuai untuk mereka yang rindu filem seram komedi yang tidak terlalu keras, tapi tidak pula hambar. Dan bagi yang jatuh hati dengan Pie, Nat, Kai dan Yod—ada janji manis di hujung filem ini: mungkin ini bukan pengakhiran, tapi hanya permulaan. Kerana siapa tahu, dalam dunia para penghantar ini… ada lebih banyak rahsia yang masih belum tiba di alamatnya...

Read More  

Dalam Bayangan 'Panor', Ritual Kegelapan Yang Membasahi Bumi Dengan Darah

Panor, seorang gadis muda, dilahirkan pada hari ritual pelepasan ilmu hitam di kampungnya. Dianggap sebagai pembawa malang oleh penduduk kampung, dia hidup dalam pengasingan. Kehadirannya dikatakan mendatangkan bencana ilmu hitam kepada sesiapa yang menghampirinya. Dalam filem berunsur seram brutal ini, penonton menyaksikan kesan mengerikan ilmu hitam menimpa mereka yang berada di sekitar Panor. Dengan gabungan kesan praktikal dan visual digital yang canggih, Panor menampilkan kisah asal yang menakutkan dari francais 'Art of the Devil'. Memaparkan kekejaman mendalam serta perubahan mangsa menjadi pemangsa dalam dunia di mana kejahatan meranapkan segala harapan...

Read More  

Serangan Zombi Saat Perang Dunia Ke-2 Dalam 'Operation Undead'

Kisah fiksyen yang menggabungkan unsur sejarah di Thailand pada masa lalu dengan serangan ngeri zombi, sang sutradara memasukkan elemen zombi di dalamnya untuk menunjukkan sifat perang yang tidak berperikemanusiaan, walaupun ia adalah konflik antara dua bersaudara. banyak adegan berdarah dan kerakusan zombi yang sentiasa lapar meratah bangkai manusia, serius ngeri, jijik dan memualkan...

Read More