Lucu, Segar, Penuh Identiti, '6 Jilake' Bawa Unsur Budaya Dan Satira Dalam Pakej Menghiburkan

Berlatarkan abad ke-18 semasa penjajahan Belanda, '6 Jilake' mengisahkan 6 samseng upahan yang dihantar oleh Syarikat Hindia Timur Belanda untuk menguasai lombong bijih timah di Perak. Misi mereka terganggu apabila sebuah kampung misteri yang dilindungi oleh pendekar hebat enggan tunduk. Masing-masing dalam kumpulan ini memiliki gaya bertarung unik dan nama pelik seperti Pulut Panggang, Kole Kacang dan Badak Berendam, diinspirasikan dari kuih tradisional. Filem ini memadukan aksi, komedi dan elemen budaya tempatan dengan jenaka yang tidak klise. Di sebalik kelucuan, terselit sindiran halus tentang penjajahan dan kealpaan masyarakat. '6 Jilake' ialah kisah pertembungan antara tamak dan maruah, dibawakan dengan gaya yang menghiburkan dan penuh identiti tempatan...

Read More