Saya bukan peminat F1. Tidak tahu nama pelumba, tidak kenal beza antara pit stop dan pole position. Tapi kerana Brad Pitt, saya datang. Dan dari detik pertama enjin berderum, saya dibawa menyusur dunia yang tak pernah saya peduli, sehingga jatuh cinta teruk. F1 The Movie bukan sekadar tentang kelajuan, ia tentang harga diri, luka silam, dan keberanian untuk kembali bertarung setelah semua orang berhenti percaya. Watak Sonny Hayes begitu hidup, seorang legenda yang mahu bangkit semula, dengan segala kekacauan dan ketegangan yang dirancangnya. Visual luar biasa, muzik Hans Zimmer yang menusuk, dan kisah mentor–protege yang menyentuh hati. Filem ini bukan sahaja menghibur, ia membuat saya faham, terkadang kita semua perlukan peluang kedua untuk membuktikan diri...
Read More