Antara Realiti Dan Halusinasi, 'SUKMA' Kupas Perjalanan Batin Manusia Menelusuri Obsesi

Bukan seram yang menjeritkan takut, tapi satu perjalanan ke dalam batin manusia menelusuri hasrat, obsesi, dan bayang yang tak mudah dijelaskan. Digarap oleh sutradara Baim Wong, filem ini menyingkap rahsia sebuah keluarga yang hidupnya terbalik selepas menemukan cermin kuno di rumah baharu mereka. Dibintangi oleh Luna Maya, Fedi Nuril, Oka Antara, dan Christine Hakim, kisahnya bergerak antara realiti dan halusinasi, antara cinta dan dendam. Ratih Kumala menulis naskhah yang menggali sisi kelam manusia: keinginan untuk kekal muda, cantik, dan sempurna. Dengan visual suram, emosi rapuh, dan lakonan yang menggetarkan, Sukma berdiri sebagai karya yang memaksa kita melihat bukan sekadar hantu di sebalik cermin, tetapi diri sendiri yang menatap dari seberang...

Read More  

Misteri Klinik Berhantu Dalam Filem 'Lembayung' Adaptasi Kisah Benar

Diadaptasi dari kisah benar yang ditulis oleh Pica dalam sebuah bebenang di Twitter yang pernah menggemparkan dunia maya sekitar tahun 2022 bertajuk "Jin Poli Gigi". Berkisar tentang 2 pelajar yang menjalani latihan praktikal kejururawatan di sebuah klinik yang dipenuhi dengan kejadian mistik selepas seorang pesakit misteri muncul, memaksa mereka untuk membongkar rahsia gelap yang menghantui klinik diberi nama 'Lembayung' tersebut...

Read More