Kisah Arga, seorang pemuda yang telah menganggur selama tiga tahun selepas tamat pengajian dan sering menjadi bahan perbandingan dalam keluarganya, terutama ketika Hari Raya. Tekanan bertambah apabila ayahnya kehilangan pekerjaan dan keluarga berdepan masalah kewangan. Dalam usaha mengubah nasib, Arga menceburi bidang hartanah sebagai ejen. Perjalanan tersebut membuka ruang kepada perubahan diri, konflik emosi dan kesilapan yang perlu ditanggung. Filem ini mengangkat tema realiti kehidupan, tekanan sosial dan pencarian makna kejayaan, sambil menonjolkan kepentingan keluarga, sahabat serta penerimaan diri dalam menghadapi cabaran hidup...
Read More