Fon, seorang wartawan Thailand yang menyiasat kematian misteri berkait ilmu hitam. Pada masa sama, sekumpulan YouTuber yang ke Thailand untuk merakam kandungan paranormal mula diganggu selepas pulang ke Malaysia, termasuk kematian tragis salah seorang daripada mereka. Meyakini mereka terkena sumpahan Kong Tao, Fon bekerjasama dengan Amin untuk mencari punca sebenar dan menghentikan malapetaka tersebut. Dalam usaha itu, mereka berdepan pengamal ilmu hitam yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan sendiri. Filem ini menggabungkan elemen seram psikologi, budaya dan kepercayaan Asia Tenggara, sambil mengangkat tema moral tentang akibat penyalahgunaan kuasa ghaib serta konflik antara kepercayaan lama dan pemikiran moden...
Read More