Mengisahkan Rashdan, seorang usahawan perkhidmatan menyelam yang terlalu taksub mahu melihat anaknya, Nisa, berjaya cemerlang dalam peperiksaan SPM sehingga sanggup menjelajah mencari bomoh-bomoh terkenal dari seluruh negara. Berbeza dengan isterinya, Sakinah yang percaya kepada ilmu, usaha dan doa, Rashdan lebih yakin kepada amalan warisan yang diwarisi sejak kecil. Perjalanan mereka menemukan pelbagai watak bomoh yang eksentrik, lucu dan penuh helah. Melalui satira komedi yang ringan, filem ini menyentuh isu kepercayaan tahyul, tekanan akademik, obsesi ibu bapa terhadap kejayaan anak dan budaya penipuan yang masih wujud dalam masyarakat hari ini...
Read More