'Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel' Kisah Benar Tragis Tentang Kontroversi Kes Buli Melampau

oleh: zizi hashim

Ini sebuah filem yang akan dikenang, bukan kerana kontroversinya, tetapi kerana berani bersuara. Keadilan bukan hak istimewa, tetapi adalah hak semua orang. Kalau menurut saya, perjuangan Jonathan adalah perjuangan kita semua. Pada ketika pawagam awal tahun biasanya dipenuhi filem-filem ringan penuh tawa dan hiburan, muncul sebuah karya yang nekad mengorek luka lama. Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel jauh melampaui sekadar drama jenayah sekaligus menjadi cermin keras yang memantulkan ketidakadilan sistem yang sehingga kini masih membayangi.

Diadaptasi daripada insiden sebenar penderaan sadis kes buli terhadap Cristalino David Ozora Latumahina pada tanggal 20 Februari 2023, filem ini secara rasminya bakal ditayangkan serentak di seluruh rangkaian pawagam Malaysia mulai 22 Januari 2026. Pemilihan tarikh ini terasa amat bermakna, seolah-olah sengaja mengingatkan kita bahawa perjuangan menuntut keadilan tidak pernah benar-benar berhenti, malah dengan renungan yang lazim dan sinonim di awal tahun baru dengan harapan baru.

Berpusat pada kisah Jonathan Latumahina (dilakonkan dengan cemerlang oleh Chicco Jerikho), seorang ayah dari rakyat biasa yang tiba-tiba dihadapkan pada mimpi buruk terbesar. Anak sulungnya, David Ozora (Muzakki Ramdhan), dianiaya secara sadis sehingga koma. Pesalah utama, Dennis (Erdin Werdrayana), adalah anak seorang pegawai atasan yang menyebut dirinya "Penguasa Jaksel": sebuah sindiran pedas pada keistimewaan golongan atasan yang sering terlepas daripada jerat undang-undang.

Penganiayaan itu terjadi di sebuah kawasan elit di Pesanggrahan, Jakarta Selatan, di mana keganasan bukan sahaja berbentuk fizikal, tetapi juga simbolik: bagaimana kuasa boleh membungkam suara mangsa.  Jonathan terpaksa berjuang sendirian di hospital, menghadapi kos perubatan yang terlalu tinggi, tekanan daripada pihak berkuasa, dan rasa putus asa yang menyelubungi jiwanya. Ketika kes David tular di media sosial, solidariti masyarakat bangkit. 'Power of Doa' dari lintas agama dan aksi online menjadi senjata ampuh yang mendorong sistem undang-undang bergerak. Dari segi penyampaian cerita, Ozora dengan cekap menggabungkan saspens thriller jenayah dan kedalaman drama keluarga yang bikin mengalir airmata.

Sutradara Anggy Umbara yang terkenal dengan komedi ringan, kali ini telah membuktikan dirinya mampu menerokai isu sosial yang berat dengan ketajaman yang hebat, tanpa tergelincir ke alam sensasi murahan. Retentan penganiayaan disajikan dengan membangun rasa tegang secara perlahan-lahan, memanfaatkan close-up pada wajah-wajah penuh ketakutan serta dentuman detak jantung yang semakin keras, sehingga kekejaman peristiwa itu terasa menggigit tanpa perlu darah berlebihan.

Namun, Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel tidak berpuas hati dengan hanya menjadi thriller biasa; ia pergi lebih jauh dengan menyerlahkan perjalanan batin Jonathan yang penuh dengan gejolak kerohanian. Kemuncak emosi terjadi ketika adegan solat/doa lintas agama: sebuah momen yang begitu overwhelming sehingga mampu membuat saya menahan nafas sekaligus menitiskan airmata.

Chicco Jerikho adalah nyawa sejati dari Ozora. Memegang watak Jonathan Latumahina,dia berjaya menghidupkan sosok seorang ayah yang kelihatan rapuh di permukaan, namun menyimpan ketegaran luar biasa dalam dirinya, dengan penjiwaan yang sebegitu mendalam sehingga terasa seperti luka sebenar.

Tidak hanya bergantung pada tangisan klise atau ledakan amarah; Chicco menyelam jauh ke dalam palung emosi wataknya: rasa bersalah yang memakan diri perlahan-lahan seperti karat, rasa takut kehilangan anak yang mencengkam dadanya, dan kemarahan yang terkurung rapat sehingga hampir meledak. Semua itu disampaikan dengan begitu halus dan teliti, sehingga penonton tak lagi sekadar menonton, kita turut bersama ikut menanggung beban berat yang dipikul oleh Jonathan.

Ucapan “Saya juga seorang ayah” yang pernah dilontarkannya ternyata bukan sekadar kalimat promosi kosong. Getaran itu meresap ke dalam setiap pori-pori peranannya, terutama pada adegan-adegan sunyi ketika dia hanya duduk di samping ranjang ICU, memandang anaknya yang tidak sedarkan diri. Di momen-momen itulah Chicco benar-benar membuat penonton kelu tanpa kata, tanpa gerakan berlebih, hanya tatapan yang penuh luka dan cinta yang tak pernah pudar. Itulah puncak lakonannya dalam filem ini: kemampuan menyampaikan lautan emosi hanya dengan diam yang menggoncang.

Di sisi lain, Erdin Werdrayana sukses menciptakan antagonis yang tidak hitam-putih. Dennis ditangannya bukan sekadar penjahat kartun yang mudah dibenci, melainkan anak manja dari keluarga berkuasa yang tumbuh dalam lingkungan di mana undang-undang hanyalah formaliti. Ekspresi dingin, nada suara yang penuh kesombongan, serta gesture kecil yang menunjukkan ia merasa “tidak tersentuh” membuat penonton merasa muak sekaligus menyampah, bukan pada pelakonnya, tetapi pada sistem yang membenarkan watak seperti Dennis wujud.

Sinematografi oleh Faozan Ubaidah merakamkan nuansa gelap Jakarta Selatan, dari hiruk-pikuk jalanan ke bilik ICU yang steril dengan palet warna sejuk yang yang memperkuat tema isolasi. Suntingan pantas di bahagian investigasi membuat thrillernya mengalir kencang, sementara slow-motion di momen doa bersama menambah lapisan emosi. Sound design, terutama efek suara pukulan dan deru nafas, terasa realistik tanpa berlebihan, disokong oleh score orkestra yang membangun ketegangan. Durasi 109 minit terasa just nice, tiada adegan draggy yang bikin bosan.

Tetapi, apa yang menjadikan Ozora lebih daripada sekadar filem yang bagus ialah kaitannya. Dua tahun selepas kes asal, di mana Mario Dandy Satrio dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan bapanya Rafael Alun Trisambodo terperangkap dalam rasuah, filem ini mengingatkan bahawa buli bukan isu masa lalu. Ia mengkritik bagaimana "pemerintah" Jakarta Selatan, atau sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan, boleh memanipulasi undang-undang, tetapi ia juga meraikan kuasa rakyat: viralnya media sosial sebagai alat penentangan.

Ini bukan propaganda; seperti kata Anggy Umbara, "Kita ceritakan apa adanya sebagai refleksi dan pembelajaran." Dalam era di mana kes serupa masih muncul, Ozora mengajak kita bertanya: Adakah sistem telah berubah? Atau adakah kita masih memerlukan doa dan tindakan kolektif untuk keadilan? Di tengah-tengah kesibukan awal tahun baru, luangkanlah masa mulai 22 Januari 2026 ini untuk datang ke pawagam dan rasakan getarannya. Jangan ketinggalan! Ini bukan penamat, tetapi seruan untuk berubah. SAY NO TO BULLY!