Kesetiaan seorang penonton lazimnya dibalas dengan hiburan yang mengisi waktu senggang. Namun kali ini, setiap episod yang ditonton berpotensi membawa pulang sesuatu yang jauh lebih besar, termasuk sebuah kereta baharu. Menyedari hubungan erat antara penonton dan kandungan yang mereka gemari, Tonton tampil dengan kempen paling besar pernah diperkenalkan menerusi Tonton Non Stop, On Top!, sebuah program ganjaran yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM700,000. Kempen tersebut akan berlangsung dari 15 Jun hingga 9 Ogos 2026, memberi peluang kepada pelanggan mengumpul mata hanya melalui aktiviti penstriman harian mereka.
Ganjaran yang ditawarkan cukup mengujakan. Antara hadiah utama yang menanti pemenang ialah sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo dan dua buah TQ Wuling Bingo EV. Selain itu, turut tersedia 70 unit telefon pintar Oppo serta 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu untuk dimenangi sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Keistimewaan kempen ini terletak pada konsep yang cukup mudah. Pengguna hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama tiga atau 12 bulan sebelum mula mengumpul mata melalui tontonan kandungan yang ditetapkan. Semakin lama masa yang diluangkan untuk menonton, semakin tinggi peluang untuk memperkukuhkan kedudukan dalam carta peserta dan membawa pulang hadiah lumayan.

Sebanyak 298 pemenang akan diumumkan pada setiap kitaran dua minggu sepanjang kempen berlangsung. Pendekatan ini memberi peluang lebih luas kepada peserta baharu kerana jumlah mata dan kedudukan peserta akan ditetapkan semula pada penghujung setiap pusingan. Langkah tersebut memastikan persaingan kekal segar dan terbuka kepada semua. Bagi mereka yang mahu bergerak lebih pantas dalam carta, Tonton turut memperkenalkan Turboost, sistem khas yang menawarkan mata berganda setiap hujung minggu.
Kandungan terpilih yang distrim pada hari Sabtu dan Ahad akan memberikan kelebihan tambahan kepada peserta tanpa memerlukan sebarang tindakan tambahan.Ruang untuk mengumpul mata juga tidak terhad kepada aktiviti menonton semata-mata. Pengguna boleh memperoleh mata bonus melalui pembelian Tonton Subscription Gifts untuk keluarga atau rakan-rakan. Langganan tiga bulan menawarkan 100 mata tambahan, manakala langganan 12 bulan memberikan 400 mata bonus.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Tonton untuk memperkayakan pengalaman hiburan digital dalam kalangan pengguna tempatan. Selain membuka peluang memenangi hadiah yang diidamkan ramai, kempen ini turut menggalakkan penonton meneroka lebih banyak drama, program hiburan dan kandungan eksklusif yang tersedia dalam platform tersebut.
Landskap penstriman kini semakin kompetitif, namun Tonton memilih pendekatan yang lebih dekat dengan penonton dengan menghargai masa yang mereka luangkan dengan pulangan yang nyata. Setiap episod yang dimainkan, setiap cerita yang diikuti dan setiap minit yang diluangkan kini membawa makna yang lebih besar daripada sekadar hiburan. Bermula 15 Jun ini, perjalanan itu menanti untuk dimulakan. Barangkali kereta idaman yang selama ini hanya dipandang dari jauh sedang menunggu di penghujung satu sesi marathon drama kegemaran.