Muzik sentiasa menemukan manusia tanpa mengenal sempadan, dan itulah perjalanan yang terus dilakar oleh Zee Avi. Selepas lebih sedekad membina nama di pentas antarabangsa, penyanyi serta penulis lagu kelahiran Sarawak itu membuka lembaran baharu apabila menjalin kerjasama strategik bersama Sony Music Publishing Indonesia. Langkah ini bukan sekadar memperluaskan pengaruhnya di Indonesia, malah membuka ruang kepada lebih banyak kolaborasi bersama penulis lagu dan pemuzik dari kedua-dua negara. Bersama trio Zee Avi & The Good Things, beliau mahu mengeratkan hubungan kreatif Malaysia dan Indonesia menerusi karya yang lahir daripada kejujuran. Dengan reputasi yang dibina sejak album sulungnya pada 2009 hingga mendapat pengiktirafan Hollywood, Zee optimis muzik mampu terus menjadi bahasa yang menyatukan rantau ini...
Read More