Drama terbaharu 'Pak Su Ammara' slot Megadrama Astro Ria yang mula bersiaran 5 Januari, menampilkan Que Haidar, Ummi Nazeera dan Syazwan Zulkifly sebagai teraju utama. Mengangkat isu poligami, konflik anak dan hubungan keluarga yang kompleks, drama ini mencuri perhatian sejak klip promosinya tular di media sosial. Watak Pak Su dibawakan dengan pendekatan berlapik emosi, disokong lakonan mantap barisan pelakon berpengalaman termasuk Zaleha Iman, Mia Nasir dan Shah Iskandar. Dengan naratif yang dekat dengan realiti dan konflik yang berkembang secara perlahan tetapi mendalam, Pak Su Ammara menawarkan tontonan yang mengajak penonton berfikir dan merenung. Drama ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan aplikasi Sooka...

Read More