Bakal berlangsung pada 4 Julai 2026 di Megastar Arena bagi meraikan empat dekad perjalanan seni penyanyi legenda Aishah. Dianjurkan oleh Vox Nation Live, konsert ini mengangkat konsep penceritaan melalui muzik dengan setiap segmen mewakili fasa berbeza dalam kerjaya beliau. Penonton akan disajikan lagu-lagu ikonik seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang dan Kemaafan Dendam Yang Terindah. Ara Johari turut diumumkan sebagai artis undangan khas. Selain itu, vinyl edisi terhad akan dilancarkan sebagai koleksi eksklusif. Tiket kini dijual melalui Ticketmelon dengan pelbagai kategori harga. Konsert ini dijangka menjadi malam penuh nostalgia, emosi dan penghargaan buat peminat setia Aishah...

Read More