Malam penuh bermakna apabila WAMO NSG Enterprise melancarkan 3 single baharu, Anak Sayang, Sendiri dan Cinta Abadi, hasil ciptaan Wafi di bawah inisiatif Dana Kebolehan Pasaran Domestik 2.0 dengan sokongan Kementerian Komunikasi Malaysia dan MyCreative Ventures. Acara berlangsung di Poolside Bistro, Ideas Hotel Kuala Lumpur dengan kehadiran tetamu penting termasuk Cik Rafiza Rahman, LY Baiduri dan wakil Universiti Malaya. Barisan artis label seperti Syasha Digler, Faysal Saad, Begum Husna & Astra Malaysia, Narastix Band dan The Voltage Band turut mempersembahkan karya masing-masing. Malam itu menonjolkan visi WAMO untuk membawa bakat tempatan ke hadapan, termasuk impian memperkenalkan muzik Sabah-Sarawak ke arus perdana dan aspirasi ke pentas AJL...
Read More