The Soundstage merupakan konsert istimewa sempena Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang bakal berlangsung pada 12 Jun 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Menampilkan empat artis popular iaitu Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana, konsert ini menghidupkan semula lagu-lagu ikonik AJL sepanjang empat dekad. Setiap artis akan membawakan pilihan lagu daripada pelbagai era termasuk karya sendiri dan interpretasi baharu lagu pemenang AJL. Tiket telah mula dijual menerusi WOWTix dengan harga bermula RM159. Konsert ini juga merupakan sebahagian daripada perjalanan menuju malam kemuncak AJL40, dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi eksklusif bersama artis akan diumumkan kelak...
Read More