Kolaborasi Altimet bersama bakat baharu Adam Nuqris yang berjudul 'Pegang Tangan' bakal dilengkapi visualiser rasmi pada 14 Julai 2026, jam 12.00 tengah hari menerusi saluran YouTube rasmi Altimet. Berasal daripada arkib penulisan peribadi Altimet, karya hip-hop mellow ini muncul secara organik sebelum secara tidak sengaja “terlepas” dalam temu bual radio pada 8 Mei lalu. Ditulis oleh Altimet dan digubah Mas Dewangga, lagu tersebut mengangkat hubungan ibu dan anak, daripada fasa dipimpin ketika kecil hingga saat peranan berubah apabila usia dan kesihatan menguji kehidupan. Bukan sebuah comeback yang dirancang secara besar-besaran, 'Pegang Tangan' mempertemukan dua generasi dalam karya minimalis, reflektif dan jujur yang membiarkan lirik serta emosi menjadi pusat kepada keseluruhan penceritaannya yang dekat dengan pengalaman manusia...

Read More  

“Alasan” merupakan lagu sulung daripada Adam Nuqris yang menandakan langkah seriusnya sebagai artis rakaman. Bermula daripada klip 30 saat di TikTok, lagu ini berkembang menjadi produksi penuh hasil ciptaan Kidd Santhe bersama SAIXSE dan Altimet. Mengangkat tema patah hati dan keberanian memilih diri sendiri, lagu ini menampilkan emosi yang jujur dan dekat dengan pendengar. Adam yang sebelum ini dikenali melalui cover lagu di media sosial kini tampil dengan identiti muzik tersendiri. Lagu ini diterbitkan hasil kerjasama SVLTAN Management dan Sony Music Malaysia serta boleh didengarkan di semua platform digital utama...

Read More