Fenomena filem seram thriller tempatan Khadam terus mempamerkan momentum luar biasa apabila secara rasmi mencatat kutipan RM5 juta di pawagam seluruh Malaysia. Kejayaan itu mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem seram tempatan paling mendapat sambutan tahun ini hasil sokongan berterusan daripada penonton dan rakan media. Pihak produksi REDCOMM serta KOMET bersama barisan pelakon dan krew turut merakamkan penghargaan kepada semua yang membeli tiket serta menyokong filem tersebut sejak hari pertama tayangan. Bersempena hari Rabu yang menawarkan harga tiket lebih murah di kebanyakan pawagam, orang ramai diseru mengambil peluang untuk menyaksikan atau mengulangi pengalaman menonton Khadam, selain terus berkongsi reaksi mereka di media sosial menggunakan hashtag rasmi filem ini...

Read More  

Kuala Lumpur SKA Syndicate mengumumkan bahawa persembahan pembukaan Jelajah Malaysia 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 4 Julai 2026 di Junk Cafe, Petaling Street terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, pihak pengurusan menegaskan bahawa penundaan ini hanya melibatkan lokasi berkenaan dan keseluruhan jelajah tetap diteruskan seperti yang dirancang. Mereka turut merakamkan penghargaan kepada peminat, rakan media dan komuniti muzik atas sokongan berterusan terhadap inisiatif yang mendapat sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik di bawah Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures. Tarikh baharu persembahan akan diumumkan melalui saluran media sosial rasmi Kuala Lumpur SKA Syndicate dalam masa terdekat...

Read More  

Kuala Lumpur SKA Syndicate mengumumkan Jelajah Malaysia 2026, sebuah siri persembahan yang membawa misi menghidupkan semula budaya ska dan semangat komuniti di seluruh negara. Jelajah ini mendapat sokongan Program Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik di bawah Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures, sebagai usaha memperkasa pembangunan muzik tempatan. Menurut produser kumpulan itu, Azmi, jelajah ini bukan sekadar tentang persembahan pentas, tetapi usaha menyatukan semula komuniti ska yang telah berkembang bersama mereka sejak awal penubuhan. Siri jelajah akan bermula pada 4 Julai 2026 di Junk Cafe, Petaling Street, Kuala Lumpur, sebelum diteruskan ke Petaling Jaya, manakala lokasi di Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang akan diumumkan kemudian...

Read More  

Menjelang tayangan rasmi filem seram Khadam pada 11 Jun, suasana Kuala Lumpur bertukar luar biasa apabila ratusan peminat membanjiri acara Twin Walk For Khadam yang berlangsung di sekitar KL Sentral dan TGV KLCC. Dengan mengenakan busana tradisional sedondon bersama pasangan masing-masing, para peserta menghidupkan konsep “kembar” yang menjadi identiti utama kempen filem tersebut. Acara berkenaan turut dimeriahkan kehadiran barisan pelakon termasuk Aghniny Haque, Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaf dan Karl El yang meluangkan masa berinteraksi bersama peminat. Lebih istimewa, peserta turut berpeluang menjadi antara penonton terawal menyaksikan Khadam, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi positif yang semakin menghangatkan penantian menjelang tayangan rasmi...

Read More  

Fenomena filem seram tempatan Polong terus menunjukkan taringnya apabila berjaya mencatat kutipan RM10 juta hanya dalam tempoh singkat tayangan di pawagam seluruh negara. Selepas mencipta momentum awal dengan kutipan RM5.5 juta dalam empat hari pertama, naskhah arahan Zulkarnain Azhar itu kini melakar satu lagi pencapaian membanggakan hasil sokongan berterusan penonton Malaysia. Mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi, Polong berjaya memikat penonton menerusi gabungan elemen seram tradisional tempatan dan naratif psikologi yang mendalam. Dibintangi Mimi Lana, Jun Lojong, Namron dan Nadiya Nisaa, filem terbitan Golden Star Pictures ini terus menjadi bualan hangat serta antara karya tempatan paling berjaya tahun ini...

Read More  

Mengangkat kisah seram yang berakar daripada kepercayaan tradisional masyarakat, dengan elemen susuk sebagai teras utama konflik. Filem ini menampilkan perjalanan karakter yang berdepan dilema antara keinginan peribadi dan akibat yang perlu ditanggung. Ia bukan sekadar kisah menakutkan, tetapi juga refleksi tentang warisan dosa, pilihan hidup dan kesan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Dengan pendekatan yang lebih dekat dengan realiti, cerita ini membina rasa takut yang bukan sahaja datang dari visual, tetapi daripada kepercayaan yang telah lama berakar dalam masyarakat. Pewaris Susuk dijangka memberi pengalaman sinematik yang mendalam dan akan ditayangkan di pawagam bermula 30 April 2026...

Read More  

Sebuah pasukan elit kerajaan yang berjaya mengakses server rahsia, sekali gus membongkar jaringan ahli politik korup yang selama ini tersembunyi. Dalam masa yang sama, Datuk Suraya, seorang ahli politik berpengaruh, terperangkap dalam konflik dalaman antara prinsip, tanggungjawab dan tekanan kuasa. Watak ini dibawakan oleh Sarimah Ibrahim dengan pendekatan penuh emosi dan lapisan karakter yang kompleks. Filem arahan Ghaz Abu Bakar ini menggabungkan aksi mendebarkan dengan elemen drama politik yang mendalam, menjadikan ia lebih daripada sekadar hiburan. Diterbitkan oleh Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Film Sdn. Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios, Konspirasi bakal ditayangkan di pawagam bermula 21 Mei 2026...

Read More  

Kisah yang berpusat pada tiga karakter utama lakonan Sarimah Ibrahim, Alya Iman dan Rosyam Nor, yang masing-masing membawa rahsia tersendiri dalam dunia penuh misteri dan konflik. Sarimah tampil sebagai wanita misteri dengan lapisan emosi yang mendalam, manakala Alya Iman mencuri perhatian melalui watak sulungnya yang penuh cabaran dan emosi kompleks. Rosyam Nor pula memperlihatkan sisi berbeza dengan pendekatan lakonan yang lebih tenang dan bersahaja. Gabungan ketiga-tiga pelakon ini membentuk naratif yang kuat, mengangkat tema rahsia, dosa warisan dan pengorbanan. Filem ini bukan sekadar seram thriller, tetapi sebuah penceritaan yang digerakkan oleh kekuatan karakter dan emosi yang mendalam. Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 30 April 2026...

Read More  

Ayra Natasha, seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik dan hidup dalam dunia glamor bersama teman lelakinya, seorang pelakon terkenal. Namun, kehidupannya berubah apabila satu insiden memalukan tular dan meruntuhkan imej sempurna yang dibina. Dalam kekalutan itu, Ayra bertemu Imran, seorang pemandu e-hailing yang sederhana dan tidak terpengaruh dengan dunia selebriti. Pertemuan mereka membawa kepada hubungan yang tidak dijangka apabila Imran menjadi pemandu peribadi Ayra. Dari situ, mereka mula mengenali satu sama lain, membuka ruang kepada cinta, konflik dan pilihan hati yang sukar. Filem ini menggabungkan elemen romantik, komedi dan realiti kehidupan moden dalam sebuah kisah yang ringan tetapi menyentuh...

Read More  

Berjaya meraih kutipan RM14 juta di pawagam Malaysia, membuktikan penerimaan penonton terhadap karya tempatan yang sarat emosi dan dekat dengan realiti masyarakat. Kisah perjalanan hidup Azam, seorang anak muda dalam dunia jalanan yang berdepan pelbagai konflik kehidupan. Segalanya berubah apabila dia secara tidak sengaja melanggar Ratna, seorang gadis buta, yang kemudian menjadi titik perubahan dalam hidupnya. Di tengah dunia penuh cabaran, Azam mula memahami erti cinta, persahabatan dan pengorbanan. Filem arahan Nazifdin Nasrudin ini dibintangi Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol serta barisan pelakon hebat lain. Dengan latar kehidupan jalanan yang realistik...

Read More  

Kisah seorang wanita yang mewarisi sebuah kuasa misteri yang datang bersama sumpah setia yang tidak boleh dilanggar. Di sebalik kehidupan yang tampak sempurna, tersembunyi rahsia gelap yang mengikat dirinya kepada perjanjian lama. Setiap kuasa yang dimiliki menuntut pengorbanan, sehingga nyawa menjadi taruhan dalam usaha mengekalkan pengaruh tersebut. Apabila rahsia demi rahsia mula terbongkar, dia terpaksa berdepan pilihan sukar antara kebebasan diri atau terus tunduk kepada warisan yang menghantui hidupnya. Diterajui barisan pelakon hebat dan diarahkan Faizal Nadxaman, filem ini mengangkat tema kuasa, sumpah dan akibat yang tidak boleh dielakkan dalam dunia penuh misteri...

Read More  

Kisah seorang bekas juara silat yang dihantui dosa silam selepas satu tragedi mengubah hidupnya. Dalam usaha menyelamatkan kakaknya, dia terpaksa kembali ke dunia pertarungan haram yang penuh risiko dan kekerasan. Namun, tanpa disedari, lawan yang menantinya mempunyai kaitan rapat dengan masa lalunya sendiri. Di tengah perebutan kuasa dalam organisasi elit MARGA, konflik emosi, pengkhianatan dan perjuangan untuk penebusan diri semakin memuncak. Diterajui Mierul Aiman dan Aedy Ashraf serta diarahkan Razaisyam Rashid, filem ini menggabungkan aksi intens dengan naratif mendalam tentang kesilapan, pengorbanan dan harga sebuah kemaafan. TARUNG: Unforgiven bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 7 Mei 2026...

Read More