Sepanjang Ramadan ini, TV3 menampilkan tiga drama utama yang menguji kekuatan emosi penonton. Kerana Cinta Itu Dusta di slot Samarinda memaparkan pengkhianatan terbuka yang memusnahkan kepercayaan dan persahabatan. Khianat Yang Terpilih di slot Akasia pula mengisahkan pertemuan semula bekas kekasih yang mencetuskan konflik rumah tangga, perceraian dan dilema kehamilan. Manakala Bila Cinta Menjadi Dosa di slot Lestary menyelami pengkhianatan dalam institusi keluarga apabila seorang ayah terjerumus dalam hubungan terlarang yang meruntuhkan maruah isteri serta hubungan dengan anaknya. Ketiga-tiga naskhah ini mengangkat persoalan tentang cinta, tanggungjawab dan harga sebuah kesilapan...

Read More  

Single terbaharu Adira Suhaimi yang dipilih sebagai lagu tema drama Samarinda, "Bisik Asmara". Lagu balada ini mengangkat luahan seorang wanita yang terluka akibat pengkhianatan, disampaikan tanpa kemarahan, sebaliknya melalui rasa kehilangan dan harapan yang kian pudar. Dengan kawalan vokal yang halus dan penghayatan mendalam, Adira menterjemahkan emosi lagu secara jujur dan dekat dengan realiti. Digarap oleh Affan Mazlan dengan susunan muzik berjiwa gelap, berinspirasikan elemen kabaret serta bunyi era 60-an dan 70-an, "Rayu Hatiku" menandakan kolaborasi pertama Adira bersama Alternate Records. Lagu ini kini tersedia di semua platform digital dan menjadi pelengkap emosi kepada 'Bisik Asmara'...

Read More  

Mengisahkan konflik Zarita, seorang influencer glamor lakonan Nelydia Senrose yang hidup dalam dunia penuh sorotan namun terbelenggu obsesi terhadap penampilan. Demi mengekalkan tubuh sempurna, dia menolak kehamilan dan mengabaikan fitrah seorang isteri, hingga tindakannya menimbulkan kecaman. Ketegangan memuncak apabila sahabat baiknya, Aneesa, tanpa diduga dijadikan calon isteri kedua untuk suami Zarita, lakonan Yusuf Bahrin. Keputusan mengejutkan itu membuka luka persahabatan, menjadikan Aneesa seolah-olah mangsa manipulasi demi melindungi imej Zarita. Penonton diseret ke dalam dilema cinta, persahabatan, dan obsesi yang menggugat naluri kemanusiaan. Apakah Aneesa rela menerima nasib tersebut, atau akan melawan demi maruah diri?

Read More  

Mengisahkan Aira Nadira yang tersedar daripada koma tanpa sebarang memori tentang sepuluh tahun hidupnya. Lebih mengelirukan, dia kini isteri kepada Nadim Eijaz, lelaki dingin yang tidak menunjukkan kasih sayang. Dalam usaha menjejaki siapa dirinya, Aira terperangkap dalam rumah tangga yang penuh rahsia, hubungan beracun dengan adik ipar, dan perkahwinan yang dibina atas muslihat. Ketika memori lama perlahan-lahan menjelma, Aira mula merasakan cinta terhadap Nadim namun juga mula menemui kebenaran yang pedih. Siapa dia sebenarnya sebelum semua ini? Dan sanggupkah dia menerima bayangan diri yang telah dilupakan? Saksikan kisah cinta, rahsia dan penebusan ini dalam Hilang Dalam Rindu, bermula 17 Julai 2025, setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di TV3...

Read More