Menjejak kejayaan di pentas antarabangsa bukan bererti melupakan tanah sendiri. Selepas mencipta fenomena menerusi Naa Vera Level di India, Kidd Santhe kembali dengan Aku Level Lain, sebuah karya yang menzahirkan identiti Malaysia melalui gabungan bahasa Melayu, elemen budaya India Malaysia dan dialek Kelantan. Diterbitkan oleh Kidd Next Door Productions bersama Sony Music Entertainment Malaysia, lagu ini turut menampilkan Rxf Rhaled, figura hip-hop Pantai Timur yang membawa warna autentik dalam karya tersebut. Kejayaan Naa Vera Level yang meraih lebih sejuta tontonan di YouTube dalam tempoh empat hari menjadi pemangkin kepada penghasilan single baharu ini. Lengkap dengan muzik video yang dirakam sepenuhnya di Kelantan, Aku Level Lain menjadi simbol keberanian Kidd Santhe membawa wajah Malaysia ke pentas dunia...

Read More