Bakal berlangsung di ZEPP Kuala Lumpur pada 25 April 2026, jam 8:00 malam, anjuran Zues Event Sdn. Bhd. Ahli Red Velvet, JOY, akan tampil dalam konsert solo yang menjanjikan pengalaman audio-visual imersif dengan produksi pentas bergaya serta segmen interaktif khas untuk ReVeluv Malaysia. Tiket dijual pada harga RM698, RM598, RM498 dan RM398 mulai 7 Mac 2026 jam 12 tengah hari menerusi etix.my, dengan had maksimum empat tiket setiap transaksi. Caj tempahan dan pemprosesan dikenakan, dan harga tidak termasuk 8% SST. Konsert ini menjadi destinasi penting dalam jelajah Asia JOY serta peluang istimewa untuk peminat menikmati persembahan eksklusif dan fan benefits menarik...
Read More