Fenomena filem seram thriller tempatan Khadam terus mempamerkan momentum luar biasa apabila secara rasmi mencatat kutipan RM5 juta di pawagam seluruh Malaysia. Kejayaan itu mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem seram tempatan paling mendapat sambutan tahun ini hasil sokongan berterusan daripada penonton dan rakan media. Pihak produksi REDCOMM serta KOMET bersama barisan pelakon dan krew turut merakamkan penghargaan kepada semua yang membeli tiket serta menyokong filem tersebut sejak hari pertama tayangan. Bersempena hari Rabu yang menawarkan harga tiket lebih murah di kebanyakan pawagam, orang ramai diseru mengambil peluang untuk menyaksikan atau mengulangi pengalaman menonton Khadam, selain terus berkongsi reaksi mereka di media sosial menggunakan hashtag rasmi filem ini...

Read More  

Fenomena Khadam terus memuncak apabila filem seram terbitan Redcomm dan Komet berjaya mencatat kutipan RM4 juta di pawagam seluruh negara, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai Filem Lokal No.1 di Malaysia. Kejayaan itu didorong oleh sokongan berterusan penonton yang terus memenuhi pawagam serta perbualan hangat di media sosial sejak hari pertama tayangan. Dengan tagline "Jangan Sampai Jadi Tuan", Khadam tampil sebagai naskhah seram yang bukan sahaja menghiburkan, malah meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Pihak produksi turut mengajak orang ramai yang masih belum menonton agar mendapatkan tiket dan merasai sendiri pengalaman seram yang menjadi fenomena. Penonton juga digalakkan berkongsi pengalaman mereka menggunakan #Khadam dan #JanganSampaiJadiTuan...

Read More  

Kisah sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan tenang sebelum kehadiran satu entiti mula mengganggu dan perlahan-lahan menguasai kehidupan mereka. Berteraskan kepercayaan masyarakat tentang saka, filem ini memperlihatkan bagaimana makhluk halus yang diwarisi boleh berubah daripada pelindung menjadi ancaman. Watak Melor, lakonan Aghniny Haque, menyimpan rahsia besar yang menjadi kunci kepada konflik yang semakin meruncing. Bersama Awang dan ahli keluarga lain, mereka berdepan perubahan emosi dan situasi yang semakin tidak terkawal. Diterajui pengarah Shamyl Othman, Khadam bukan sekadar filem seram, tetapi sebuah kisah tentang kehilangan kendali diri, trauma dan akibat daripada sesuatu yang tidak sepatutnya dimiliki manusia...

Read More  

Mengangkat kisah Melor, seorang wanita yang selepas kematian ibunya terpaksa mewarisi saka keluarga, sebuah warisan gelap yang mula membelit hidupnya. Saat entiti itu kian mencengkam, Melor berpacu dengan masa untuk menyelamatkan anak perempuannya daripada menanggung nasib sama. Berlatar Malaysia era 1950-an, filem ini menghadirkan seram yang berpaut pada mitos Nusantara, sambil menyingkap dilema keibuan dan pengorbanan. Diarahkan oleh Shamyl Othman (Rahsia), dengan skrip oleh Fariza Azlina Isahak (Kami The Movie, Songlap), Khadam dibintangi Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim dan “Ratu Seram Indonesia” Aghniny Haque. Dihasilkan Red Communications dan Komet Productions dengan sokongan antarabangsa, naskhah ini menjanjikan pengalaman seram beremosi yang menjangkau sempadan budaya...

Read More