Mengisahkan Zarita, seorang pempengaruh berjaya yang sanggup merelakan suaminya berkahwin lagi demi zuriat yang tidak kunjung tiba. Keputusan luar jangka itu membuka jalan kepada dilema batin yang tidak terduga, apabila suaminya Wassim berkahwin dengan adik angkat Zarita sendiri, Aneesa. Apa yang dimulai dengan reda akhirnya membibitkan cemburu, rasa kehilangan, dan keinginan untuk merebut kembali cinta yang tergelincir. Disutradarai oleh Nizam Zakaria dan dibintangi Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin dan Ezzanie Jasny, drama 28 episod ini menyelongkar konflik jiwa, ketulusan, dan keperitan cinta yang diuji. Saksikan drama ini bermula 21 Julai 2025, eksklusif di Tonton, dan bersiaplah untuk menyelami cerita tentang kasih yang tidak selalu indah, tetapi tetap setia...

Read More