Selepas fenomena 'Bukan Lagi Kita' yang mencatat lebih 100 juta penstriman di platform digital, Nadeera kembali dengan single terbaharu berjudul 'Cuba Jadi Aku' terbitan Rocketfuel Entertainment. Menggabungkan elemen pop balada kontemporari dan rock moden, lagu ciptaan Hael Husaini, Iqie Hugh serta Nadeera sendiri ini mengangkat kisah tentang luka, pengkhianatan dan harapan agar insan yang pernah menyakiti seseorang benar-benar memahami kesakitan yang ditinggalkan. Menurut Nadeera, karya ini antara yang paling dekat dengan dirinya kerana mesejnya sangat jujur dan relevan dengan pengalaman ramai. Video muzik rasmi turut menampilkan Bella Dowanna, Azri Safix dan Ariana, sekali gus menghidupkan lagi emosi yang dibawa menerusi lagu tersebut...

Read More  

Penyanyi berbakat besar di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, Nadeera melakar sejarah baharu apabila dipilih oleh RTM untuk mewakili Malaysia ke ABU Song Festival 2025 yang bakal berlangsung pada 13 September di Tsonjin Boldog, Mongolia. Di pentas berprestij itu, Nadeera bakal mempersembahkan lagu hitnya “Bukan Lagi Kita”, sebuah karya yang melonjakkan reputasinya sebagai antara vokal terbaik generasinya. Bagi Nadeera, setiap nota yang dilantunkan adalah doa dan harapan buat tanah air. Pemilihan ini menjadi tanda kepercayaan terhadap bakat serta disiplin seninya, selain mengangkat semangat Malaysia di mata dunia. Disokong oleh Rocketfuel dan RTM, Nadeera melangkah penuh tekad untuk mengharumkan nama negara, sambil menghubungkan jiwa penonton Asia melalui bahasa universal muzik...

Read More