Kolaborasi istimewa lahir apabila Eira Syazira dari Malaysia dan Nabila Maharani dari Indonesia bergabung dalam single terbaharu berjudul Bawang Merah Bawang Putih. Dilancarkan pada 9 September 2025, lagu pop ciptaan penuh Trisuaka dengan susunan muzik oleh Ardy Goliath ini dirakam di Studio Trisna Music, Jogjakarta, menandakan kesatuan seni dua negara serumpun. Projek ini dijayakan dengan naungan ES Arjuna Management dan Positif Art Entertainment, serta tajaan penuh Candyta bersama rakan penaja lain. Video muziknya mengetengahkan kisah klasik Bawang Merah Bawang Putih dengan sentuhan sinematik penuh emosi. Kolaborasi ini menonjolkan keunikan dua generasi artis iaitu Eira dengan pengaruhnya sejak awal 2000an, dan Nabila sebagai bintang digital masa kini sekali gus menjadi jambatan budaya Malaysia-Indonesia melalui muzik...
Read More