Aku Pilih Pelangi merupakan drama Viu Original yang kini menduduki tangga pertama di platform Viu selama dua minggu berturut-turut. Dibintangi Mira Filzah, Zahiril Adzim dan Noki K-Clique, drama ini mengisahkan seorang isteri yang berjuang mempertahankan rumah tangga selepas suaminya hilang penglihatan. Kehadiran lelaki dari masa lalu menguji kesetiaan dan emosi yang terpendam. Drama ini turut mencatat lebih 39 juta tontonan di media sosial, manakala OST 1000 Kali Sakit nyanyian Mohsein Kush meraih lebih 1.4 juta tontonan. Bagi meraikan kejayaan ini, Viu menawarkan diskaun 50% langganan Premium melalui kempen Watch From Home. Drama ini menjadi antara tontonan paling hangat masa kini...

Read More  

Firdaus, seorang arkitek berjaya yang kehilangan penglihatan akibat penyakit jarang berlaku, sehingga mengubah keseluruhan hidupnya. Isterinya, Nayla, terpaksa mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga sambil membantu Firdaus menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. Dalam proses itu, tekanan emosi semakin memuncak apabila Nayla berdepan keletihan yang sukar diluahkan. Kehadiran Iskandar, rakan lama yang kembali dalam hidup mereka, membuka ruang kepada konflik perasaan dan menguji batas kesetiaan. Siri 12 episod ini mengangkat tema cinta, pengorbanan dan dilema dalam membuat pilihan, sambil memperlihatkan realiti perkahwinan yang tidak selalu indah. Aku Pilih Pelangi boleh distrim di Viu bermula 16 April 2026 dengan episod baharu setiap minggu...

Read More  

Maryam yang ingin berkahwin dengan Ammar tetapi menghadapi halangan besar apabila Mahkamah Syariah mendedahkan perkahwinan ibu bapanya fasid. Masalah ini menimbulkan stigma “anak haram” dan menjadi bahan perbualan negatif masyarakat. Maryam harus menempuh cabaran moral, mencari keabsahan statusnya, serta menegakkan hak untuk meneruskan perkahwinannya. Filem ini mengetengahkan konflik undang-undang, nilai kekeluargaan, dan persepsi sosial, digarap dengan intensiti emosional, sinematografi halus, dan lagu tema yang menyentuh. Ia memaksa penonton berfikir, merenung, dan merasai setiap dilema watak dengan penuh empati...

Read More  

Menutup tirainya dengan sebuah episod akhir yang menggetarkan jiwa selepas tujuh minggu membawa penonton menyusuri liku kehidupan Aldi dan Billa. Perjalanan cinta mereka penuh dugaan, dari luka kehilangan hingga harapan yang perlahan-lahan bersemi. Namun kebahagiaan itu ternyata hanya sementara apabila Billa akhirnya pergi meninggalkan Aldi buat selamanya, meninggalkan penonton dengan sebak yang sukar terubat. Lakonan berkesan Hun Haqeem dan Mira Filzah memahatkan kesan mendalam, dibantu skrip yang jujur dan OST yang meresap ke hati. Reaksi penonton di media sosial membuktikan drama ini bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman emosional yang membuat Malaysia menangis bersama...

Read More