Yuka Kharisma mempertaruhkan kekuatan vokalnya menerusi 'Mantra' runut bunyi rasmi (OST) filem seram psikologi Nar'sata: Sekutu Setan. Dicipta oleh Farouk Roman dengan lirik hasil Senna, lagu ini mengangkat tema kehilangan, pergolakan jiwa, harapan dan kekuatan batin manusia. Menurut Yuka, Mantra mempunyai "nyawa" yang tersendiri dan mampu berdiri sebagai sebuah karya tanpa bergantung kepada filem. Demi memastikan penyampaiannya benar-benar selari dengan naratif, beliau mendalami jalan cerita dan konflik emosi watak dalam filem tersebut sebelum proses rakaman. Yuka berharap Mantra bukan sahaja menguatkan pengalaman sinematik penonton, malah menjadi karya yang dekat di hati pencinta muzik tempatan...
Read More