Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2024 menyatukan 15 finalis berbakat dalam 3 kategori utama iaitu Pop, Hip Hop dan Rock, bersiaran langsung dari JioSpace. Persembahan pembukaan oleh Kyoto Protocol dan kemunculan istimewa Seven Collar T-shirt menambah warna pada malam penuh makna ini. Mafidz muncul unggul apabila lagu “Senandung” bukan sahaja dinobatkan sebagai Lagu Rock Terbaik, tetapi juga menjulang sebagai Lagu Terbaik ALI 2024. Anugerah Persembahan Terbaik diraih oleh Umar Akmal, manakala Odelia Tirza dan B-Heart memenangi kategori Pop dan Hip Hop masing-masing. Malam itu juga menyaksikan Chylypdy meraih Anugerah Lagu Terpaling Platinum menerusi “Kelabu 2024”. Disokong oleh pelbagai pihak, ALI2024 terus memacu arus muzik indie Malaysia ke medan lebih gemilang, meraikan suara-suara jujur dari akar seni tempatan...
Read More