Selepas 26 tahun tidak tampil dengan karya rakaman baharu, legenda muzik tanah air Dato' Khadijah Ibrahim akhirnya kembali mewarnai industri menerusi single "Ibu Doa", sebuah lagu yang mengangkat kasih, pengorbanan dan doa seorang ibu yang tidak pernah mengenal batas. Diterbitkan oleh Jasmine Raj Production dengan ciptaan Baizura Tazri, karya ini menyatukan lirik yang menyentuh hati, susunan muzik yang malar segar dan vokal ikonik yang telah memikat pendengar selama lebih lima dekad. Kepulangan ini bukan sekadar memperkenalkan sebuah lagu baharu, malah menjadi simbol bahawa karya yang lahir daripada keikhlasan dan pengalaman akan sentiasa menemukan tempat di hati masyarakat, tanpa mengira usia mahupun generasi...

Read More