Penyanyi muda kelahiran Sabah, Boboy, tampil dengan single baharu berjudul Tanpa Ada Kepastian, sebuah balada emosional yang mengangkat realiti hubungan tanpa status dan hala tuju yang jelas. Lebih istimewa, lagu tersebut mempunyai kaitan rapat dengan pengalaman peribadinya sendiri yang pernah terperangkap dalam hubungan penuh ketidakpastian. Dicipta oleh Ilham Baso, lagu ini membawa kisah tentang harapan, penantian dan keberanian untuk melepaskan apabila cinta tidak lagi menawarkan kejelasan. Boboy turut mengakui hampir menitiskan air mata ketika sesi rakaman kerana terlalu menghayati emosi lagu tersebut. Dengan susunan muzik yang menyentuh dan lirik yang dekat dengan kehidupan ramai pendengar, Tanpa Ada Kepastian hadir sebagai teman buat mereka yang sedang bergelut dengan cinta yang tidak pasti...
Read More