Menyingkap perjalanan Hanna, seorang wanita muda yang dilukai trauma masa silam dan dibebani rentetan malang yang seakan tidak mahu berhenti mengekori hidupnya. Dalam usaha mencari perlindungan, Hanna bertemu seorang bomoh Iban yang menghadiahkannya seutas rantai azimat yang dikatakan mampu mengubah aliran takdir. Pada awalnya, hidupnya tampak tenang, seolah-olah azimat itu benar-benar membawa tuah. Namun semakin hari, perubahan itu terasa ganjil, ada sesuatu yang mengekori, menguasai dan mencengkam jiwanya dari dalam. Hanna perlahan-lahan dibawa ke wilayah gelap yang membuatnya mempertikai sama ada nasibnya benar berubah atau dia sekadar menjadi medium kepada sesuatu yang jauh lebih menakutkan...

Read More