Mengisahkan Aira Nadira yang tersedar daripada koma tanpa sebarang memori tentang sepuluh tahun hidupnya. Lebih mengelirukan, dia kini isteri kepada Nadim Eijaz, lelaki dingin yang tidak menunjukkan kasih sayang. Dalam usaha menjejaki siapa dirinya, Aira terperangkap dalam rumah tangga yang penuh rahsia, hubungan beracun dengan adik ipar, dan perkahwinan yang dibina atas muslihat. Ketika memori lama perlahan-lahan menjelma, Aira mula merasakan cinta terhadap Nadim namun juga mula menemui kebenaran yang pedih. Siapa dia sebenarnya sebelum semua ini? Dan sanggupkah dia menerima bayangan diri yang telah dilupakan? Saksikan kisah cinta, rahsia dan penebusan ini dalam Hilang Dalam Rindu, bermula 17 Julai 2025, setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di TV3...

Read More