Bukan semua karya lahir sekadar untuk didengari. Ada yang hadir sebagai teman ketika jiwa mula letih, menjadi peringatan saat hati alpa dan menghidupkan kembali rasa yang semakin pudar. Itulah semangat yang dibawa kumpulan nasyid legenda Hijjaz menerusi album studio terbaharu, Akhir Bersamamu. Mengandungi enam lagu baharu, album ini mengekalkan identiti harmoni vokal yang menjadi kekuatan Hijjaz, namun diperkaya dengan susunan muzik lebih segar dan penceritaan yang dekat dengan kehidupan. Turut mendapat sentuhan penulis lirik tersohor seperti Datuk Habsah Hassan, Ahmad Fedtri Yahya dan Lukhman S, album terbitan Inteam Records ini menjadi lambang kematangan Hijjaz selepas hampir tiga dekad berkarya, sambil terus membawa mesej dakwah, kemanusiaan dan kecintaan kepada Ilahi...

Read More  

Kesinambungan kejayaan Inteam selepas Konsert Nur Kasih di Axiata Arena. Mengandungi 17 trek, karya ini menjadi simbol penghargaan atas 25 tahun perjalanan seni mereka. Kolaborasi bersama Hijjaz selepas hampir dua dekad menjadi antara sorotan utama, dengan sumbangan lagu oleh Abang Isman dan Abang Munif serta lirik ITO Lara. Album ini memuatkan lima lagu baharu, empat persembahan solo anggota, serta kolaborasi istimewa termasuk Kias Cinta 2.0 dan Kudus Palestin bersama Lah Ahmad yang meraih anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Carta 114. Turut disertakan lagu remake dan duet bersama Zayne. Diterbitkan Inteam Records, album ini tersedia di semua platform digital utama bermula 1 Februari 2026, mengukuhkan legasi nasyid moden tanah air...

Read More