Menghimpunkan For Revenge, Insomniacks dan Midnight Fusic akan berlangsung pada 24 Januari 2026 jam 8 malam dengan lokasi baharu di ZEPP Kuala Lumpur. Perubahan lokasi ini dibuat atas faktor teknikal bagi memastikan pengalaman persembahan yang lebih intim dan dekat dengan penonton, manakala tiket sedia ada kekal sah. Konsert “Malam Simfoni Luka” menampilkan gabungan post-hardcore, pop moden dan alternatif dreamy yang merangkumi tema duka, cinta dan harapan. Disokong pencahayaan sinematik, susunan muzik live eksklusif serta visual khas, “Malam Simfoni Luka” dijangka menjadi malam emosional yang menyentuh jiwa pencinta muzik tempatan dan serantau. Tiket boleh didapati menerusi www.ticket2u.com.my...

Read More  

Konsert berskala besar yang mempertemukan tiga kuasa muzik generasi baharu terdiri dari For Revenge, Insomniacks dan Midnight Fusic dalam satu malam penuh emosi pada 24 Januari 2026 di Megastar Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini dijanjikan sebagai pengalaman sonik yang merangkum duka, harapan dan cinta melalui gabungan muzik post-hardcore, pop moden dan alternatif dreamy. Pementasan ini akan dilengkapi dengan pencahayaan sinematik, visual eksklusif dan susunan muzik khas yang diolah semula untuk menghidupkan semangat terapi muzik. Tiket mula dijual 14 November 2025 di www.ticket2u.com.my. Sebuah malam di mana setiap nada mengingatkan bahawa luka juga boleh menjadi keindahan...

Read More