Yuka Kharisma mempertaruhkan kekuatan vokalnya menerusi 'Mantra' runut bunyi rasmi (OST) filem seram psikologi Nar'sata: Sekutu Setan. Dicipta oleh Farouk Roman dengan lirik hasil Senna, lagu ini mengangkat tema kehilangan, pergolakan jiwa, harapan dan kekuatan batin manusia. Menurut Yuka, Mantra mempunyai "nyawa" yang tersendiri dan mampu berdiri sebagai sebuah karya tanpa bergantung kepada filem. Demi memastikan penyampaiannya benar-benar selari dengan naratif, beliau mendalami jalan cerita dan konflik emosi watak dalam filem tersebut sebelum proses rakaman. Yuka berharap Mantra bukan sahaja menguatkan pengalaman sinematik penonton, malah menjadi karya yang dekat di hati pencinta muzik tempatan...

Read More  

Selepas kejayaan besar menerusi Cinta Sesungguhnya, penyanyi kelahiran Sabah, Sabhi Sadhi, kembali dengan single baharu berjudul Romansa, sebuah karya romantis yang mengangkat tema kesetiaan, pengorbanan dan keikhlasan cinta. Sabhi mengakui beliau mengambil masa bertahun-tahun untuk memilih lagu yang benar-benar sesuai dengan identiti seninya kerana percaya muzik perlu membawa mesej positif kepada pendengar. Dicipta oleh Farouk Roman dengan lirik oleh Senna, Romansa mengisahkan pasangan yang diuji pelbagai cabaran sebelum kembali bersatu. Selain menyanyikan lagu tersebut, Sabhi turut mengarah sendiri muzik videonya yang menampilkan penceritaan lebih dramatik. Penyanyi yang pernah mencipta nama menerusi Nadiku dan Cinta Sesungguhnya itu berharap Romansa mampu menyentuh hati pendengar serta mengulangi kejayaan karya-karya terdahulunya...

Read More  

Hadir sebagai karya nasyid kontemporari yang menggabungkan sentuhan komposer ternama Farouk Roman dan lirik mendalam nukilan Fedtri Yahya. Menampilkan sisi baharu Inteam, membawa mesej kasih sayang, pengharapan dan doa agar dipertemukan kembali dengan insan tercinta di alam abadi. Dengan vokal harmoni yang matang serta melodi yang lembut, lagu ini mengajak pendengar merenungi makna cinta yang kekal. Muzik videonya pula menampilkan Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama anak-anak mereka, menjadikan penyampaian mesej lebih menyentuh. Karya ini boleh ditonton dan didengari mulai 6 November 2025 melalui YouTube Inteam Digital dan platform penstriman utama...

Read More