Mengungguli Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34), Media Prima serta Primeworks Studios mengukuhkan reputasi mereka sebagai peneraju kandungan tempatan berkualiti tinggi dengan 5 karya. Antara yang dicalonkan termasuk 2 filem besar iaitu Blood Brothers: Bara Naga dan Ejen Ali The Movie 2 serta 3 dokumentari berimpak tinggi: Fail Mahkamah: Derita Zara, Fail Mahkamah: Rindu Tak Berpenghujung dan Majalah 3: Nadi Peralihan Tenaga. Setiap karya memperlihatkan kecanggihan produksi, kekuatan naratif serta nilai kemanusiaan yang menggerakkan industri ke tahap baharu. Anugerah berprestij FFM34 bakal berlangsung pada 1 November 2025, disiarkan secara langsung melalui TV2 RTM dan saluran rasmi YouTube FINAS...

Read More  

Malam penuh gemilang di Taipei, 4 September 2025, menyaksikan Malaysia berdiri megah apabila TV3 dan Alternate Records meraih dua kemenangan berprestij di ContentAsia Awards 2025. Lagu “Hening Rindu” nyanyian Marsha Milan, ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, diumumkan sebagai pemenang Gold Award bagi kategori Best Sound Design Created in Asia for an Asian TV Programme/Series. Karya yang juga juara AJL 39 ini sekali lagi membuktikan keindahan melodi tempatan mampu merentasi sempadan antarabangsa. Sementara itu, dokumentari “Fail Mahkamah: Zulfarhan; 19 Lawan 1” pula membawa pulang Silver Award bagi kategori Best Current Affairs Programme Made in Asia for a Single Market in Asia. Kejayaan berganda ini mengangkat nama Malaysia sebaris produksi besar Asia, membuktikan dedikasi karyawan tempatan setanding kelas dunia...

Read More