Belum pun melangkah jauh, Bulan Henti Bicara sudah mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan penonton. Hanya selepas episod pertama bersiaran, drama terbitan Astro Ria itu menerima pelbagai reaksi di media sosial dengan rata-rata memuji kekuatan jalan cerita serta mutu lakonan barisan pelakonnya. Azhan Rani menjadi tumpuan apabila watak Jamali yang dibawakannya berjaya membuatkan penonton benar-benar geram, manakala Ezzanie Jasny meraih simpati menerusi watak Zulfa yang sarat dengan pengorbanan. Kepulangan Azar Azmi ke dunia lakonan selepas hampir tujuh tahun turut mengundang keterujaan peminat. Dengan kisah yang dekat dengan realiti masyarakat dan konflik yang semakin memuncak, ramai percaya Bulan Henti Bicara bakal menjadi antara drama paling hangat diperkatakan tahun ini...

Read More  

Ada kalanya, sebuah kepulangan membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar kemunculan semula di layar kaca. Selepas tujuh tahun menyepi daripada dunia lakonan, Azar Azmi akhirnya kembali menerusi drama Bulan Henti Bicara, sebuah naskhah yang mengangkat konflik kekeluargaan, kasih sayang, pengorbanan serta penderaan rumah tangga. Kepulangannya turut disambut luar biasa apabila video pengumuman terbitan Bambam Studios meraih lebih sejuta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang 24 jam. Membawakan watak Faziah, Azar mengakui karakter itu antara yang paling mencabar sepanjang kerjayanya. Diadaptasi daripada novel karya Rissa Ahdiya dan diarahkan Eyra Rahman, drama ini turut dibintangi Ezzanie Jasny, Azhan Rani dan Ali Reza, serta mula bersiaran malam ini di Astro Ria dan platform sooka...

Read More  

Siri Tonton Originals Neraka Yang Terhijab terus mencuri perhatian apabila watak Abi yang dilakonkan Lan Siro menjadi antara karakter paling hangat diperkatakan di media sosial. Reaksi penonton bukan tercetus kerana Abi seorang antagonis biasa, sebaliknya kerana ramai merasakan watak tersebut terlalu dekat dengan realiti kehidupan sebenar. Kisah seorang bapa yang berimej warak tetapi menindas anak-anak sendiri membuka ruang perbincangan tentang penyalahgunaan kuasa dalam keluarga, tanggungjawab ibu bapa serta isu individu yang berselindung di sebalik imej agama. Lebih mengejutkan, ramai netizen tampil berkongsi pengalaman hidup yang hampir sama, menjadikan drama ini bukan sekadar tontonan, tetapi cerminan kepada realiti yang masih berlaku dalam masyarakat hari ini...

Read More  

Siri terbaharu Tonton Originals, Neraka Yang Terhijab, mengangkat kisah seorang gadis muda yang terpaksa mempertaruhkan maruah demi menyelamatkan keluarganya daripada kemiskinan yang semakin menghimpit. Dibintangi Ezzanie Jasny, Lorenzo Irman dan Arfie Shah, drama 20 episod arahan Azri Izhar ini membawa penonton menyelami sisi gelap kehidupan yang sering tersembunyi di sebalik kemewahan dan kuasa. Melalui watak Adda, seorang pelajar universiti yang dikhianati bapanya sendiri, siri ini menyorot realiti tekanan hidup, pilihan moral dan pengorbanan yang terpaksa dibuat apabila harapan semakin pudar. Sarat dengan emosi, konflik keluarga dan persoalan tentang harga sebuah maruah, Neraka Yang Terhijab mula bersiaran secara eksklusif di Tonton mulai 4 Jun 2026...

Read More  

Azar Azmi kembali menjadi perhatian selepas kemunculan semulanya dalam drama Bulan Henti Bicara berjaya meraih lebih satu juta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang 24 jam. Video yang dimuat naik oleh Bambam Studios memaparkan momen emosional Azar ketika kembali ke lokasi penggambaran selepas tujuh tahun berehat daripada dunia lakonan. Pelakon itu dilihat sebak dan mengalirkan air mata ketika melangkah masuk ke set sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang meluahkan rasa rindu terhadapnya. Drama terbitan Treputree Production itu turut menampilkan Azhan Rani, Ezzanie Jasny dan Ali Reza...

Read More