Menyifatkannya sebagai “riwayat cinta” buat mereka yang masih menyimpan rasa terhadap seninya, Misha Omar tampil dengan konsert penuh yang paling dinanti 'DiA Misha Omar', setelah 2 dekad melakar kisah dalam dunia seni suara. Bakal berlangsung pada 29 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini bukan sambungan, tetapi sebuah perayaan perjalanan 23 tahun yang ditempa dengan dedikasi dan cinta. Lagu Break menjadi tanda mula, dan malam DiA akan menjadi kemuncaknya. Dibawa oleh Double M Productions dan Altus Prohouse, dengan barisan kreatif ternama, konsert ini menjanjikan pengalaman yang menggetarkan. Tiket mula dijual 25 Julai, dengan harga bermula RM288. Sebuah malam yang akan diingati oleh mereka yang memilih untuk hadir, dan percaya...

Read More