Sesetengah impian hadir tanpa dirancang, sekadar terlintas seketika sebelum disimpan jauh di sudut hati. Bagi Marsha Milan, impian itu akhirnya menemukan jalannya apabila beliau diumumkan sebagai artis jemputan khas dalam "Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur" yang bakal berlangsung pada 5 September 2026 di Idea Live Arena. Lebih bermakna, penyanyi yang baru mencipta kejayaan tersendiri itu berpeluang berkongsi pentas dan berduet bersama Pasha, vokalis kumpulan legenda Indonesia yang selama ini hanya menjadi angan-angan kecilnya. Dalam masa sama, konsert sempena ulang tahun ke-30 Ungu itu turut menjanjikan pelbagai kejutan termasuk persembahan lagu baharu, sekali gus menjadikan malam berkenaan sebagai pertemuan antara nostalgia, emosi dan sejarah muzik Nusantara...
Read More