Seberapa banyak cerita sebenarnya tersembunyi di sebalik sebuah senyuman? Kael kembali dengan single terbaharu, Senyum, sebuah karya Pop dan R&B bernuansa soulful yang mengajak pendengar menemukan semula kebahagiaan selepas melalui hari-hari melelahkan. Diterbitkan Alternate Records, lagu ciptaan bersama Kael, Omar K, Adrianna Cinta dan Shazriq Azeman ini memperlihatkan sisi baharu penyanyi tersebut menerusi vokal lebih santai tanpa mengorbankan karakter dan emosi. Senyum turut membawa persoalan reflektif — What Makes You Smile?, How Do You Smile? dan What’s The Meaning Behind Your Smile? — kerana tidak semua senyuman lahir daripada cerita yang sama. Bagi Kael, sesukar apa pun kehidupan, manusia masih berhak memberi peluang kepada dirinya untuk bahagia. Kadangkala, sebuah permulaan baharu hanya memerlukan satu perkara sederhana: senyum...

Read More