Program realiti 'Raise The Star Malaysia' sudah melabuhkan tirai, namun perjalanan finalisnya terus menyala lewat sebuah EP istimewa terbitan Rocketfuel Entertainment. Lima komposer ternama iaitu Aina Abdul, Ajai, Audi Mok, Shila Amzah, dan Ikhwan Fatanna menghadiahkan karya eksklusif buat setiap finalis, menjadikan muzik sebagai legasi yang lebih abadi daripada sekadar pentas pertandingan. Didie Shazry, sang juara, tampil dengan Peganglah Hati ciptaan Aina Abdul; Zuana merangkul jiwa dengan Hantaran Cinta hasil sentuhan Ajai; dan Rayme menyerlahkan sisi versatil melalui Gergasi ciptaan Audi Mok. Sementara itu, Lara Bertahan nyanyian Hariz Fayahet (ciptaan Ikhwan Fatanna) dan Cinta Dusta oleh Keka (ciptaan Shila Amzah) melengkapkan warna dalam EP ini...
Read More