Selepas fenomena 'Bukan Lagi Kita' yang mencatat lebih 100 juta penstriman di platform digital, Nadeera kembali dengan single terbaharu berjudul 'Cuba Jadi Aku' terbitan Rocketfuel Entertainment. Menggabungkan elemen pop balada kontemporari dan rock moden, lagu ciptaan Hael Husaini, Iqie Hugh serta Nadeera sendiri ini mengangkat kisah tentang luka, pengkhianatan dan harapan agar insan yang pernah menyakiti seseorang benar-benar memahami kesakitan yang ditinggalkan. Menurut Nadeera, karya ini antara yang paling dekat dengan dirinya kerana mesejnya sangat jujur dan relevan dengan pengalaman ramai. Video muzik rasmi turut menampilkan Bella Dowanna, Azri Safix dan Ariana, sekali gus menghidupkan lagi emosi yang dibawa menerusi lagu tersebut...

Read More  

Viu Original terbaharu, Ate Kome, I Love You!, membawa kisah komedi romantik yang menggabungkan elemen cinta, keluarga dan peluang kedua menerusi lakonan Aniq Suhair dan Bella Dowanna. Siri 12 episod arahan Helmi Yusof ini mengisahkan Mila yang terpaksa membina semula hidupnya selepas ditinggalkan suami dalam keadaan dibelenggu hutang. Dalam keadaan terdesak, dia bertemu semula dengan musuh zaman kanak-kanaknya, Mamat, yang akhirnya menjadi tempat bergantung. Apa yang bermula dengan pertengkaran dan dendam lama perlahan-lahan bertukar menjadi hubungan yang lebih mendalam. Turut dibintangi Amy Mastura, Ieda Moin dan Nurel Baharin, siri ini diserikan dengan lagu tema Syarat Cinta nyanyian ALVN dan mula ditayangkan secara eksklusif di Viu...

Read More