Sebuah persoalan masih terus bermain di fikiran penonton: apa sebenarnya CHELOT? Menjelang tayangan rasminya di pawagam pada 27 Ogos 2026, filem aksi thriller arahan Adrian Teh kembali menghangatkan penantian menerusi pelancaran teaser trailer terbaharu yang sarat dengan misteri, aksi dan ketegangan. Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theeban G, teaser ini membuka sedikit ruang kepada dunia penuh muslihat yang bakal diterokai penonton. Dengan Primeworks Studios selaku rakan pemasaran rasmi, CHELOT menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang menggabungkan aksi mendebarkan, konflik psikologi dan persoalan yang hanya akan terjawab apabila tirai pawagam dibuka...

Read More  

Di saat kebanyakan filem moden bergantung kepada teknologi Computer-Generated Imagery (CGI), CHELOT memilih laluan yang jauh lebih berani. Filem aksi thriller arahan Adrian Teh itu mempertaruhkan penggunaan letupan sebenar dalam sebanyak mungkin babak aksi bagi menghadirkan visual yang lebih autentik dan mendebarkan. Menerusi video di sebalik tabir (BTS), produksi mendedahkan bahawa setiap letupan dirancang dengan teliti, dibantu sokongan Unit Tindak Khas (UTK) serta melibatkan penggambaran di beberapa lokasi utama sekitar Selangor. Malah, sebuah babak aksi yang dirakam secara one-take turut mengakibatkan beberapa kru dan pelakon mengalami kecederaan ringan akibat intensiti penggambaran. Semua pengorbanan itu dilakukan demi menghasilkan pengalaman sinematik yang lebih nyata apabila CHELOT menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 27 Ogos 2026...

Read More  

Sebuah misteri sering menjadi lebih mengujakan apabila jawapannya sengaja disembunyikan. Itulah aura yang dibawa CHELOT, filem aksi thriller terbaharu arahan Adrian Teh yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos 2026. Dipasarkan oleh Primeworks Studios selaku rakan pemasaran rasmi, filem ini mempertaruhkan barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani, Nadhir Nasar dan Alicia Amin. Mengangkat kisah keberanian, pengorbanan serta pertembungan antara keadilan dengan dunia jenayah yang sarat muslihat, CHELOT tampil sebagai sebuah naskhah yang menjanjikan aksi tanpa henti dan emosi yang mendebarkan. Trailer rasminya kini telah dilancarkan, namun satu persoalan masih kekal: apakah sebenarnya makna di sebalik CHELOT?

Read More  

Belum pun melangkah jauh, Bulan Henti Bicara sudah mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan penonton. Hanya selepas episod pertama bersiaran, drama terbitan Astro Ria itu menerima pelbagai reaksi di media sosial dengan rata-rata memuji kekuatan jalan cerita serta mutu lakonan barisan pelakonnya. Azhan Rani menjadi tumpuan apabila watak Jamali yang dibawakannya berjaya membuatkan penonton benar-benar geram, manakala Ezzanie Jasny meraih simpati menerusi watak Zulfa yang sarat dengan pengorbanan. Kepulangan Azar Azmi ke dunia lakonan selepas hampir tujuh tahun turut mengundang keterujaan peminat. Dengan kisah yang dekat dengan realiti masyarakat dan konflik yang semakin memuncak, ramai percaya Bulan Henti Bicara bakal menjadi antara drama paling hangat diperkatakan tahun ini...

Read More  

Ada kalanya, sebuah kepulangan membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar kemunculan semula di layar kaca. Selepas tujuh tahun menyepi daripada dunia lakonan, Azar Azmi akhirnya kembali menerusi drama Bulan Henti Bicara, sebuah naskhah yang mengangkat konflik kekeluargaan, kasih sayang, pengorbanan serta penderaan rumah tangga. Kepulangannya turut disambut luar biasa apabila video pengumuman terbitan Bambam Studios meraih lebih sejuta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang 24 jam. Membawakan watak Faziah, Azar mengakui karakter itu antara yang paling mencabar sepanjang kerjayanya. Diadaptasi daripada novel karya Rissa Ahdiya dan diarahkan Eyra Rahman, drama ini turut dibintangi Ezzanie Jasny, Azhan Rani dan Ali Reza, serta mula bersiaran malam ini di Astro Ria dan platform sooka...

Read More  

Azar Azmi kembali menjadi perhatian selepas kemunculan semulanya dalam drama Bulan Henti Bicara berjaya meraih lebih satu juta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang 24 jam. Video yang dimuat naik oleh Bambam Studios memaparkan momen emosional Azar ketika kembali ke lokasi penggambaran selepas tujuh tahun berehat daripada dunia lakonan. Pelakon itu dilihat sebak dan mengalirkan air mata ketika melangkah masuk ke set sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang meluahkan rasa rindu terhadapnya. Drama terbitan Treputree Production itu turut menampilkan Azhan Rani, Ezzanie Jasny dan Ali Reza...

Read More