Filem drama sosial terbitan Astro Shaw yang mengangkat konflik identiti dan implikasinya terhadap cinta serta maruah. Mengisahkan Ziyad yang berkahwin atas dasar cinta pandang pertama dengan Amira, kehidupan rumah tangga mereka mula runtuh apabila satu kebenaran besar mengenai identiti Amira terbongkar. Pendedahan tersebut mengubah prinsip dan persepsi Ziyad terhadap hubungan perkahwinan serta penerimaan masyarakat terhadap individu yang dianggap berbeza. Digarap oleh Reen Emran dan dibintangi Zahiril Adzim serta Sophia Albarakbah, filem ini turut menampilkan lagu tema “Hati Yang Tak Terbalas” oleh Marsha Milan. Amira Amir ditayangkan secara eksklusif di Astro First bermula 26 Februari 2026 pada harga RM15 untuk tontonan 48 jam...

Read More  

Kisah adiwira tempatan yang membesar bersama kita kini kembali, Keluang Man boleh ditonton mulai 10 Julai 2025 di Astro First dan sooka dengan hanya RM15 untuk tontonan tanpa had selama 48 jam. Filem ini mengangkat watak Borhan, pesakit mental yang bergelut dengan masa silam, lalu menjelma menjadi wira gelap yang lahir dari luka dan keberanian. Digarap daripada siri animasi ikonik era 90-an, versi layar lebar ini diterajui Nas Muammar Zar, Remy Ishak dan Rosyam Nor bersama barisan bintang tempatan. Sinematografi memukau dan kisah yang menyentuh jiwa menjadikan ia sebuah pengalaman yang tak harus dilepaskan. Kini, Keluang Man boleh dinikmati di rumah, dalam kehangatan keluarga, oleh penonton lama mahupun yang baru mengenal namanya...

Read More